Biro Kebajikan dan Kemasyarakatan MPP akan membuka kaunter "Hari Bersama Mahasiswa" di Bangunan Bitara Siswa setiap hari Rabu jam 11pg - 2ptg.
Segala aduan/masalah kebajikan, akademik, sahsiah dan sebagainya berkaitan mahasiswa boleh dibuat dikaunter ini bermula Rabu ini.
Sebagai wakil anda, kami sedia mendengar, memberi penjelasan dan bertindak berdasarkan kuasa yang diberi.
Kaunter ini akan turut disertai beberapa biro MPP yang lain. Antaranya :
1. Biro Latihan dan Pembangunan Sahsiah
2. Biro Akademik dan Kerjaya
3. Biro Kesenian dan Kebudayaan.
4. Biro Perpaduan dan Integrasi
http://cikguarif.blogspot.com/2009/07/mpp-kebajikan-bersama-mahasiswa.html: YB Arif
Alhamdullilah, sukacita saya menjemput mahasiswa/i untuk bersama dalam progam Hari Bersama Mahasiswa BAGI sama-sama menyalurkan cadangan, masalah ataupun perkara-perkara yang boleh diselesaikan diperingkat kami MPP. Maklumat mengenai program adalah seperti berikut.
“Transform with knowledge”
Bersuaralah bersama kami,
NUR AQILAH HANIS BT MOHD YUSOFF
Exco Akademik & Kerjaya
Majlis perwakilan pelajar UPSI sesi 08/09